
Memperkasa Komuniti Melalui Pertanian Mampan dan Seni Kreatif
Kami merupakan kumpulan inisiatif kerjasama antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka dan Persatuan Penduduk Taman Seri Sutera, yang didedikasikan untuk memupuk pertumbuhan sosio-ekonomi dan daya tahan masyarakat melalui dua projek utama: Pertanian Agro (Cili dan Fertigasi Sayuran) dan Pengeluaran Kraftangan Mainan Lembut. Dilancarkan di bawah rangka kerja Projek Komuniti Sejati Madani, misi kami adalah untuk meningkatkan komuniti tempatan—terutamanya kelompok penduduk B40—dengan melengkapkan mereka dengan teknik pertanian moden, kemahiran keusahawanan dan pertukangan kreatif.
Visi
Mewujudkan ekosistem yang mampan dimana pendidikan, inovasi dan kerjasama komuniti memacu pemerkasaan ekonomi. Demi merapatkan jurang antara generasi dan menyepadukan amalan tradisional dengan teknologi moden, kami berhasrat untuk memupuk komuniti yang mampu berdikari untuk berkembang maju dalam pasaran yang dinamik.
Apa yang Kami Lakukan
Pengeluaran Kraftangan Mainan Lembut/Soft Toys:
Menerusi bengkel yang diketuai oleh pakar seni kreatif UiTM, ahli komuniti mempelajari mereka bentuk, menghasilkan dan memasarkan mainan lembut buatan tangan. Program ini menyepadukan strategi pemasaran digital, termasuk platform e-dagang seperti Shopee, untuk memastikan produk menjangkau khalayak yang lebih luas.
Inisiatif Agro Pertanian:
Tertumpu kepada konsep pertanian bandar, kami melatih peserta memahiri sistem fertigasi, pengawalan perosak organik dan pengurusan tanaman. Daripada pembiakan benih dalam kotak semaian, sehingga proses penuaian dan pemasaran cili, tomato, dan pek salad, projek ini menekankan amalan mesra alam dalam skala pertanian bandar.
Fasa Program Berimpak
Fasa 1 (Jan–Mac 2025): Persediaan infrastruktur, bengkel latihan dan penanaman tanaman awal.
Fasa 2 (Apr–Ogos 2025): Penyelenggaraan tanaman, amalan pertanian organik dan pengeluaran pukal mainan lembut.
Fasa 3 (Sep–Nov 2025): Perluasan pasaran, penjenamaan produk dan perkongsian dengan agensi kerajaan dan industri swasta.
Kekuatan Kerjasama
Dengan pendekatan pelbagai disiplin, kami memanfaatkan kepakaran daripada beberapa fakulti yang ada di UiTM—Fakulti Perladangan & Teknologi Agro, Kolej Pengajian Seni Kreatif dan Fakulti Pengurusan Perniagaan—disamping perkongsian dengan agensi seperti FAMA dan Jabatan Kraftangan Malaysia. Bersama-sama, kami menangani cabaran seperti jurang kemahiran dan had sumber sambil memupuk penglibatan komuniti dalam pemindahan pengetahuan antara generasi.
Sertai Perjalanan Kami
Projek berpusat di UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah dan Taman Seri Sutera, Pengkalan, Alor Gajah, Melaka, kami menjemput pihak berkepentingan, sukarelawan dan rakan kongsi untuk menyokong visi kami Malaysia Madani—negara yang dibina atas belas kasihan, kemampanan dan kemajuan kolektif.
Bersama-sama, kita memupuk pertumbuhan—satu benih, satu jahitan dan satu komuniti pada satu masa.
Empowering Communities Through Sustainable Agriculture and Creative Arts
We are a collaborative initiative between Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka and the Taman Seri Sutera Residents Association, dedicated to fostering socio-economic growth and community resilience through two flagship projects: Agro Farming (Chili and Vegetable Fertigation) and Handicraft Soft Toys Production. Launched under the Projek Komuniti Sejati Madani framework, our mission is to uplift local communities—particularly the B40 group—by equipping them with modern agricultural techniques, entrepreneurial skills, and creative craftsmanship.
Our Vision
To create a sustainable ecosystem where education, innovation, and community collaboration drive economic empowerment. By bridging gaps between generations and integrating traditional practices with modern technology, we aim to cultivate self-reliant communities capable of thriving in a dynamic market.
What We Do
Agro Farming Initiative:
Focused on urban farming, we train participants in fertigation systems, organic pest control, and crop management. From seed propagation in planter boxes to harvesting and marketing chili, tomatoes, and salad packs, this project emphasizes eco-friendly practices and scalable urban agriculture.
Handicraft Soft Toys Production:
Through workshops led by UiTM’s creative arts experts, community members learn to design, produce, and market handmade soft toys. The program integrates digital marketing strategies, including e-commerce platforms like Shopee, to ensure products reach wider audiences.
Phases of Impact
Phase 1 (Jan–Mar 2025): Infrastructure setup, training workshops, and initial crop cultivation.
Phase 2 (Apr–Aug 2025): Crop maintenance, organic farming practices, and bulk production of soft toys.
Phase 3 (Sep–Nov 2025): Market expansion, product branding, and partnerships with government agencies and private industries.
Collaborative Strength
Our multidisciplinary approach leverages expertise from UiTM’s faculties—Plantation & Agro Technology, Creative Arts, and Business Management—alongside partnerships with agencies like FAMA and Jabatan Kraftangan Malaysia. Together, we address challenges such as skill gaps and resource limitations while fostering youth involvement and intergenerational knowledge transfer.
Join Our Journey
Located at UiTM Melaka Campus Lendu and Taman Seri Sutera, we invite stakeholders, volunteers, and partners to support our vision of a Malaysia Madani—a nation built on compassion, sustainability, and collective progress.